28 -29 MEI 2024
Bahagian Khidmat Pengurusan IADA Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bencana/Kebakaran. Objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan terhadap perlindungan pejabat dan memberikan pengetahuan secara umum mengenai pencegahan kebakaran di tempat kerja. Selain itu, program ini dapat memberikan pendedahan kepada kakitangan IADA Pulau Pinang untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi apa jua keadaan kecemasan yang mungkin berlaku di tempat kerja.
Kursus yang dianjurkan ini telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan daripada Balai Bomba Perai yang mana ianya telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan IADA Pulau Pinang. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Afifah Binti Ramli , Pegawai Pertanian Gred G44 dan turut serta didalam kursus ini juga ialah Puan Nortilawati , Jurutera Awam Gred J44.